RESDUNG
Tahukah
anda setiap tahun berjuta-juta orangdi dunia ini dijangkiti resdung
(sinusitis)?? Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian
kita.Hal ini juga mampu membuat anda lebih mudah hilang sabar bergantung kepada
tahap penyakit tersebut.Ini adalah kerana individu yang menghidapi resdung
lebih mudah berasasa sakit kepala dan kadang kala kesukaran bernafas.
APA ITU
RESDUNG??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan hidung yang
memiliki beberapa pasangan iaitu frontal,eithmoid,maxillary dan sphenoid
Tanda-Tanda Menghidap Resdung
·
hidung selalu tersumbat
·
keluar lendir dari hidung dan tekak
·
sakit atau terasa berat di bahagian muka dan kepala
terutama di antara mata
·
sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
·
demam dan rasa lemah badan yang berpanjangan
·
alahan hidung seperti kerap bersin,gatal hidung dan
mata
·
gatal muka dan juga jerawat
·
alahan-alahan lain di bahagian badan yang lain
PUNCA RESDUNG
·
Alahan terhadap jenis makanan tertentu,habuk,parasit,sejuk,ubat
ubatan,cuaca
·
Apabila anda mengalami alahan,lapisan mucosa yang
bertindak sebagai penapis udara di dalam lubang hidung akan membengkak,seterusnya ia menyebabkan masalah kesukaran bernafas dan juga
alahan ini akan menyebabkan hidung anda selalu berair dan gatal
· Struktur hidung yang tidak normal yang mungkin
disebabkan oleh tulang hidung yang patah atau retak ketika kemalangan yang
boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.Bagi sesetengah orang
pula,yang mempunyai struktur tulang hidung yang senget (deviated nasal
septum),risiko untuk mendapat resdung adalah sangat tinggi
·
Tabiat menyelam di kolam,air laut dan air sungai turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit
ini.
Petua Mencegah Resdung
1)
Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah
seperti kucing,arnab
2)
Jangan menggunakan sarung bantal,cadar,dan selimut yang
diperbuat daripada bulu binatang
3)
Ringankan tangan anda membersihkan permaidani (dengan
menggunakan vacuum cleaner yang berkuasa tinggi)
4)
Kalau anda mengemas rumah,gunakan mask (penutup hidung)
5)
Minum air suam dengan kadar banyak,kalau boleh elakkan
minuman sejuk
6)
Selalu mencuci dan menjaga kebersihan muka anda
7)
Jika anda ada alahan terhadap makanan tertentu
contohnya makanan laut,elakkanlah makanan itu.
Anda
boleh juga mencuba Set Resdung Shaklee..Ia mengandungi Vitamin C, B-Complex dan
alfalfa yang boleh membantu anda yang mengalami masalah resdung,eczema,asma dan
alahan yang lain
Cadangan
Pengambilan:
Morning – 2 tabs of Alfalfa, 1
tab of Vita-C
Afternoon – 1 tab of B Complex
Night - 2 tabs of
Alfalfa, 1 tab of Vita-C
|
More info
contact :
Dr Farah
(MD Russian State Medical
University,Moscow,Russia)
SHAKLEE
DISTRIBUTOR ID 961681
017-6717913
No comments:
Post a Comment